Saturday 18 June 2011

Selamat Hari Bapa; Selamatkan Anak-Anak Kita



Masing-masing menyambut Hari Bapa bersama bapa masing-masing, saya?, Al Fatihah untuk ayahanda tercinta, moga damai di sana.

Semalam, sempat membawa keluarga bercanda di Teluk Cempedak, suasana di sana walaupun jam 2.00 pagi seperti pukul 8.00 malam, masing-masing dengan gelagat masing-masing. Ada sekeluarga bersantai seakan berkelah, ada anak muda bermain gitar & skateboard, ada seniman yang melukis demi kepuasan dan ada bermacam-macam gelagat pada 2.00 pagi itu.

Sambil melihat anak bermain dengan ibunya sempat melihat anak muda, berbekalkan gitar kapok terus menyanyikan lagu "Anak-Anak Kita" M Nasir, air mata ini tidak tertahan sebak mendengarnya ;
"Anak-anak kitakah yang berlari telanjang
Di bawah mentari sumbing
Sambil bernyanyi lagu
Ketakutan hari-hari ini"
Hari ini, secara jujur, anda bersetujukah dengan pendapat yang kita tidak boleh menjamin anak-anak kita untuk membesar secara sihat seperti kanak-kanak zaman dahulu yang begitu sihat mindanya. Hari ini saya begitu takut untuk membeli akhbar, di sanalah akhbar mengajar anak-anak kita membiasakan diri dengan fitnah dan gejala seks. Saya yakin anda semua setuju mengenai media massa yang kian merosakkan anak kita.
"Anak-anak kitakah yang memikul beban
Kesilapan kita
Hingga dia tak kenal
Budaya canggung bangsa sendiri"
Kita tidak mahu lagi anak-anak kita menanggung kesilapan kita, yang begitu alpa dalam urusan beragama, alpa dalam urusan menjaga hak agama dan bangsa, kesilapan kita pada masa dahulu gagal memartabatkan Islam dalam urusan harian, mengabaikan jawi sebagai tulisan kebanggaan Melayu.
"Selamatkan anak kita
Dari padang jerangkap samar
Selamatkan anak kita
Orde baru politikus usang"
Bersempena dengan PRU13, saya secara total menolak cara politik usang yang sekian lama memerintah Malaysia, saya dengan ini menyokong penuh Pakatan Rakyat untuk memimpin Malaysia, supaya saya dapat menyelamatkan anak-anak saya dari fitnah dan main seks Barisan Nasional.
"Jaga-jaga anak kita
Jangan sampai jadi hamba
Jaga-jaga anak kita
Kita ini orang merdeka

Panggillah mereka pulang
Ayah nak ajar
Tentang kurang ajar
Jadi mereka takkan sendiri lagi"
Ayuh bangsaku, kita ubah keadaan Malaysia ini supaya menjadi lebih baik lagi.

No comments:

Post a Comment