Monday 6 June 2011

Kapal berhantu Scorpene kelihatan berterbangan di Putrajaya

Apabila Pensyarah Kanan Jabatan pengajian Media Universiti Malaya, Dr Abu Hassan Hasbullah menjerit di Facebooknya;
"IPP (Pembekal Elektrik Bebas) perlu dihapuskan dan sistem ini jika diteruskan akan memusnahkan keuntungan sumber negara dan mengancam Wawasan 2020 sendiri, malah akan mengakibatkan rakyat dibuli dengan teruknya dalam sistem yang tidak adil kepada keperluan negara maju dan sejahtera buat semua!" - Hassan Hayastani.
Apa yang anda rasa? Tidak merasa apa-apa? Disebabkan anda tidak terbiasa dengan perkataan IPP (Pembekalan Elektrik Bebas) sejak zaman berzaman lagi. Paling-paling tidak anda akan kenal TNB, kalau anda sempat dengan zaman LLN, pasti anda kenal LLN itu apa. Sampai sekarang, majoriti rakyat masih belum kenal apa itu IPP.

Masakan mahu kenal, jika ditanya seterusnya, siapa Altantuya, ramai akan menjerit satu dua nama yang pasti ada kaitan dengan nama tersebut. Rakyat jarang tahu, apa yang menyebabkan nama ini muncul secara tiba-tiba di Malaysia ini, walaupun beliau adalah berdarah Mongolia.

Rasuah, suatu bahana, akan tetapi ia dirasakan suatu perkara biasa di Malaysia ini, tambah-tambahan jika ia dilakukan di luar negara, contohnya di Perancis;
"Mahkamah Perancis menemui bukti kukuh bahawa syarikat Perancis, Armaris tidak pernah membuat bayaran kepada syarikat Perimekar sebanyak RM493 juta, tetapi bayaran itu sebenarnya dilakukan oleh kerajaan Malaysia sendiri. Penemuan itu ternyata bertentangan dengan kenyataan Kabinet Najib yang sebelum ini mengklasifikasi bayaran itu sebagai koordinasi dan perkhidmatan sokongan serta Malaysia tidak terlibat dalam pembayaran berkenaan." - Harakah Daily.
Namun, apa yang rakyat Malaysia rasakan? ahhh itu tiada kena mengena dengan kehidupan aku, asalkan aku boleh makan pada hari ini peduli apa perkara-perkara yang menyendatkan fikiran, tidak seperti pihak kau yang bertungkus lumus mencari kesalahan orang lain.

Mungkin, isu ini yang rakyat kebanyakan naik angin, disebabkan mereka selalu pakai kereta terpakai;
"Mengikut pindaan itu yang berkuatkuasa 15 Jun ini, semua kereta terpaksa melalui pemeriksaan tambahan 14 perkara sebelum sesuatu kenderaan itu dibolehkan dipindah milik kepada pembeli baru." - Malaysiakini.
Rakyat tidak kisah pun hal cantas mencantas pada pentas politik, sama ada ia benar atau pun tidak, cukuplah, negara sudah aman, tidak perlu engkau kecoh-kecoh. Tidak perlu kisah, siapa perangkap siapa, yang penting penting, politik terus dianggap kotor oleh kerana penyangak-penyangak politik yang sundal mengotori arena politik, politik seharusnya BERSIH! demi menjaga maruah Negara.
"Skandal Scorpene: Zahid, Muhyiddin perangkap Najib" - Keadilan Daily.

No comments:

Post a Comment