
"[admin] Pada Manifesto PRU12 lagi, PAS telah memperjuangkan "Negara Berkebajikan", sila lihat Manifesto PRU12 yang dilampirkan ini.Ini adalah bukti yang paling besar sekali, iaitu PAS sejak dahulu lagi memperjuangkan "Negara Berkebajikan" ini.
Format PDF boleh di download di http://pru12.pas.org.my/manifesto/ManifestoPartiIslamSe-Malaysia.pdf" - Facebook TGNA.
Ini juga boleh menjawab beberapa persoalan yang telah di lontarkan di media.
Soalan Pertama; Betulkah PAS tolak negara Islam?
"- Nik Aziz, Ppresiden PAS Abdul Hadi Awang, timbalan presidennya Mat Sabu atau mana-mana ahli jawatankuasa kerja PAS pusat tidak pernah menolak atau menafikan harapan PAS untuk menubuhkan satu negara Islam suatu hari kelak.Soalan Kedua; Betulkah PAS tiru Barisan Nasional?
- Konsep 'negara berkebajikan' yang diwar-warkan PAS ialah satu dasar sosio-ekonomi semata-mata yang tidak bercanggah dengan ataupun membatalkan matlamat utama mewujudkan sebuah negara Islam." - Malaysiakini.
"PAS tidak akan meniru Barisan Nasional (BN) melaksanakan program kebajikan pada rakyat yang di dalamnya mengandungi unsur rasuah, penyelewengan dan penipuan." - Harakahdaily.Soalan Ketiga; Betulkah PAS boleh melaksankan Negara Berkebajikan ini?
"Sambil menyifatkan Barisan Nasional (BN) dalam keadaan “kepanasan”, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata konsep negara berkebajikan boleh dibuktikan sekiranya Pakatan Rakyat diberi mandat memerintah negara pada pilihan raya umum ke-13.Banyak lagi persoalan yang timbul, namun Manifesto PRU 12 mampu menjawab soalan tersebut dan sudah pasti rakyat juga dapat menjawab bagi pihak PAS. Alhamdulillah.
Hadi berkata kritikan yang dibuat BN terutamanya Umno terhadap konsep negara kebajikan disebabkan parti itu bimbang akan sokongan rakyat akan beralih." - The MalaysianInsider.
No comments:
Post a Comment