Showing posts with label Pakatan Rakyat. Show all posts
Showing posts with label Pakatan Rakyat. Show all posts

Monday, 20 June 2011

PAS, Pakatan Rakyat Perlu Lagu


Saya dengan rendah hati, ingin mencadangkan.

Pertama; supaya PAS boleh menerbitkan satu lagu yang bersifat umum, maksudnya ia tidak secara khusus untuk parti sahaja, ia umum untuk seluruh masyarakat yang pelbagai kaum.

Kedua; supaya pemimpin Pakatan Rakyat boleh menerbit satu lagu yang menggabungkan pelbagai parti yang ada di Pakatan Rakyat dimasukkan di dalam satu video klip, untuk menunjukkan kesatupaduan di atas satu matlamat untuk menyelamatkan Malaysia.

Sebagai contoh video klip terbaik untuk umum ialah lagu tema DAP; Berubah.




Saturday, 18 June 2011

Selamat Hari Bapa; Selamatkan Anak-Anak Kita



Masing-masing menyambut Hari Bapa bersama bapa masing-masing, saya?, Al Fatihah untuk ayahanda tercinta, moga damai di sana.

Semalam, sempat membawa keluarga bercanda di Teluk Cempedak, suasana di sana walaupun jam 2.00 pagi seperti pukul 8.00 malam, masing-masing dengan gelagat masing-masing. Ada sekeluarga bersantai seakan berkelah, ada anak muda bermain gitar & skateboard, ada seniman yang melukis demi kepuasan dan ada bermacam-macam gelagat pada 2.00 pagi itu.

Sambil melihat anak bermain dengan ibunya sempat melihat anak muda, berbekalkan gitar kapok terus menyanyikan lagu "Anak-Anak Kita" M Nasir, air mata ini tidak tertahan sebak mendengarnya ;
"Anak-anak kitakah yang berlari telanjang
Di bawah mentari sumbing
Sambil bernyanyi lagu
Ketakutan hari-hari ini"
Hari ini, secara jujur, anda bersetujukah dengan pendapat yang kita tidak boleh menjamin anak-anak kita untuk membesar secara sihat seperti kanak-kanak zaman dahulu yang begitu sihat mindanya. Hari ini saya begitu takut untuk membeli akhbar, di sanalah akhbar mengajar anak-anak kita membiasakan diri dengan fitnah dan gejala seks. Saya yakin anda semua setuju mengenai media massa yang kian merosakkan anak kita.
"Anak-anak kitakah yang memikul beban
Kesilapan kita
Hingga dia tak kenal
Budaya canggung bangsa sendiri"
Kita tidak mahu lagi anak-anak kita menanggung kesilapan kita, yang begitu alpa dalam urusan beragama, alpa dalam urusan menjaga hak agama dan bangsa, kesilapan kita pada masa dahulu gagal memartabatkan Islam dalam urusan harian, mengabaikan jawi sebagai tulisan kebanggaan Melayu.
"Selamatkan anak kita
Dari padang jerangkap samar
Selamatkan anak kita
Orde baru politikus usang"
Bersempena dengan PRU13, saya secara total menolak cara politik usang yang sekian lama memerintah Malaysia, saya dengan ini menyokong penuh Pakatan Rakyat untuk memimpin Malaysia, supaya saya dapat menyelamatkan anak-anak saya dari fitnah dan main seks Barisan Nasional.
"Jaga-jaga anak kita
Jangan sampai jadi hamba
Jaga-jaga anak kita
Kita ini orang merdeka

Panggillah mereka pulang
Ayah nak ajar
Tentang kurang ajar
Jadi mereka takkan sendiri lagi"
Ayuh bangsaku, kita ubah keadaan Malaysia ini supaya menjadi lebih baik lagi.

Tuesday, 14 June 2011

Kami Sudah Tertindas, Apa jaminan Warga Asing Selamat?

Entah hendak salahkan siapa, Malaysia terus dimalukan oleh orang negara asing, realitinya Kerajaan Barisan Nasional senantiasa memalukan dirinya tanpa mengira perasaan rakyat. Mungkin alasan-alasan ini boleh diterima disebabkan kes ini yang saya rasa, amat-amat malu ia terjadi di Malaysia.
"Dua wanita warga Singapura dilaporkan dipaksa ketuk ketampi dan bercangkung dalam keadaan berbogel oleh anggota Jabatan Imigresen selepas ditangkap atas dakwaan cuba masuk ke Malaysia secara tidak sah." - Malaysiakini.
Pertama; Ada apa dengan warga asing? Sedangkan Mahkamah dipergunakan untuk memperkenakan rakyat sendiri, bukti paling jelas, kes fitnah II yang melibatkan Dato' Seri Anwar Ibrahim.
"Peguam kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluahkan keraguannya terhadap peluang mendapatkan pendengaran yang adil, sehari sebelum membela diri dalam perbicaraan kes liwat.

Sankara Nair (kanan) memberitahu AFP bahawa pihak pendakwaaan hanya membenarkan pasukan peguam Anwar mewawancara lima orang sahaja daripada 25 saksi yang dijanjikan."
- Malaysiakini.
Kedua; Ada apa dengan warga asing? Sedangkan Polis tidak pernah membuat sebarang tangkapan atas penyebaran video lucah yang kian meluas di Malaysia ini.
"Polis masih belum mempunyai sebarang petunjuk baru atau membuat tangkapan berhubung pengedaran VCD lucah yang memaparkan aksi seks seorang lelaki yang didakwa mirip ketua pembangkang seperti yang dipertontonkan oleh trio 'Datuk' kepada wartawan." - Malaysiakini.
Ketiga; Ada apa dengan warga asing? Sedangkan KDN takut untuk mengambil tindakan atas ucapan berupa hasutan oleh Ibrahim Ali.
"Kerajaan tidak akan mengambil sebarang tindakan terhadap Datuk Ibrahim Ali yang mengisytiharkan “perang jihad” ke atas komuniti Kristian, yang didakwa media Umno baru-baru ini mahu mengambil alih status Islam sebagai agama persekutuan." - The MalaysianInsider.
Keempat; Ada apa dengan warga asing? Sedangkan Ibrahim Ali berani buat ugutan, dan pihak polis seperti takut untuk mengambil tindakan.
"Pemuda PAS menyifatkan hasrat Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) mengerahkan ahlinya berarak dan bertembung dengan kumpulan Gabungan Pilihan Raya dan Adil (BERSIH) dalam himpunannya 9 Julai ini sebagai "satu ancaman serius".

Malah, mereka menganggap tindakan NGO Melayu yang diketuai Datuk Ibrahim Ali "membuktikan PERKASA adalah pertubuhan yang mahukan kekacauan berlaku dalam negara" ini.


"Kenyataannya yang mahu bertembung semasa perhimpunan tersebut adalah merupakan satu ancaman yang serius kepada keselamatan negara. "
- Malaysiakini.
Hey warga asing, apakah ada jaminan untuk kamu? sedangkan kami rakyat Malaysia sendiri tertindas dalam negara kami sendiri yang diterajui oleh Barisan Nasional.

Sunday, 12 June 2011

AKP Sudah, Pakatan Rakyat bila lagi?


Rakyat Turki telah meraikan kemenangan Parti Keadilan dan Kesejahteraan (AKP).
"Parti Keadilan dan Kesejahteraan (AKP) Turki pimpinan Toyyib Erdorgan berjaya memenangi pilihan raya Turki buat kali ketiga berturut-turut dan sekalligus memecahkan rekod yang dipegang parti pimpinan Adnan Manderes sebelum ini." - Harakahdaily.
Rakyat Malaysia nak raikan kemenangan Pakatan Rakyat bila?

Jangan risau, akan sampai masanya kita akan raikan kemenangan tersebut, disebabkan banyak persoalan-persoalan yang makin membingungkan.

Soalan Pertama; Kenapa susah sangat mahu dedahkan perjanjian IPP?
"“DAP menyatakan sokongan penuh kepada Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah yang mencadangkan agar sebuah suruhanjaya diraja ditubuhkan bagi menyiasat kontrak antara TNB dan IPP.

“Suruhanjaya diraja ini akan menentukan sejauh mana perjanjian tersebut memberi beban kepada pengguna berikutan kenaikan tarif elektrik dan memperkenalkan langkah- langkah terbaik bagi mengurangkan atau menghindari beban kewangan yang teruk kepada rakyat,” kata Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang."
- The Malaysianinsider.
Soalan Kedua; Kenapa bersungguh benar Utusan Melayu untuk menghalang BERSIH 2.0?
"Kolumnis kontroversial Utusan, Awang Selamat menyifatkan orang Melayu yang menyertai Bersih - yang akan mengadakan perhimpunannya 9 Julai depan - sebagai mereka yang dangkal berpolitik, kerana mendakwa faedah besarnya dinikmati oleh kaum lain." - Malaysiakini.
Kita semua seharusnya bersabar, sedikit tersilap mungkin akan membawa padah yang berpanjangan.

Wednesday, 8 June 2011

Dr M, Najib Lebih Baik Bisu

Dr M, lebih baik berdiam supaya kecerdikan anda terserlah. Karpal melakukan seruan kebaikan kepada Dr M, itu pun kalau Dr M mahu dengar;
"Pengerusi DAP yang juga ahli parlimen Bukit Gelugor Karpal Singh menggesa mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad supaya berkelakuan seperti seorang negarawan ulung dan menutup mulutnya.

Katanya, Dr Mahathir yang sedang “meniti usia yang senja” sepatutnya menggunakan sisa-sisa kehidupannya supaya bertaubat atas segala salah laku silamnya." - Malaysiakini.
Abang Mat Sabu pun suruh Najib diam;
"PAS perjuangkan dasar Negara Berkebajikan yang didirikan oleh Baginda Nabi sejak zaman Madinah lagi dan bukan hanya untuk PRU13 sahaja.

"Nampak sangat Najib tidak tahu di dalam hal ini, saya kasihan, lebih baik beliau diam sahaja dalam perkara yang beliau tidak tahu.

"Sebaik beliau bercakap, rakyat tahu bahawa perdana menteri tidak tahu tentang perkara ini," jelasnya menzahirkan rasa kasihan pada Najib." - Harakahdaily.
Jika mereka benar-benar diam, alamatnya, Pakatan Rakyat sudah menang besar, dan teramat mustahil Pilihanraya Umum 13 akan berlaku pada tahun ini.

Monday, 6 June 2011

Kenapa Anda Sokong Barisan Nasional?

Setiap hari, kita tertanya-tanya, mengapa? mengapa? sampai penat, sampai tidak sanggup lagi mendengar apa-apa lagi berita.

Mengapa 1
"Dokumen rahsia perjanjian pembelian tenaga (PPA) yang dimeterai antara TNB dan IPP boleh didedahkan hanya kepada ahli Dewan Rakyat, kata Mukhriz Mahathir." - Malaysiakini.
Mengapa 2
"Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak didakwa menggunakan program pribadi untuk menguruskan perkahwinan anaknya dengan dicampuradukkan dengan program kerajaan semasa ke Kazakhstan sekarang." - Harakahdaily.
Mengapa 3
"Mufti Perlis gesa PAS gubal segera rangka negara kebajikan" - The Malaysian Insider.
Mengapa 4
"Pembohongan terbaru Utusan Malaysia cuba mengaitkan DAP dengan cadangan mengadakan pemilihan bagi jawatankuasa masjid di Pulau Pinang." - Roket Kini.
Mengapa 5
"Para pemimpin Umno benar-benar terpukul dengan apa yang dicapai dalam muktamar PAS ke 57 baru-baru ini, kata AJK PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad." - Harakahdaily.
Begitu banyak persoalan yang timbul, apa yang anda mampu jawab? Bersyukurlah, Malaysia masih aman lagi.

Anda dan Warga Asing Menentukan Masa Depan Malaysia

Saya masih tertanya-tanya, apakah kesan kenaikan barang hanya dirasai oleh rakyat yang menyokong Pakatan Rakyat sahaja kah? Ia disebabkan rakyat yang menyokong Barisan Nasional nampaknya tidak terjejas sedikitpun akan kehidupan seharian mereka, apakah mereka dibekalkan elaun disebabkan menyokong Barisan Nasional?
"Pengurangan subsidi ke atas barangan keperluan asas, termasuk gula dan petrol RON97 dan terbaru gas asli yang menyebabkan tarif elektrik terpaksa dinaikkan mula memberi kesan kepada orang ramai daripada pelbagai lapisan." - Malaysiakini
Laporan di atas jelas menunjukkan bahawa rakyat sudah tidak tahan akan kenaikan harga barang yang terus menerus sehingga tidak sabar untuk berdemontrasi. Apakah rakyat yang ingin berdemo itu menyokong Pakatan Rakyat?

Adalah satu yang adil, jika pemimpin juga terhimpit sama seperti dengan rakyat akan kenaikan harga barang, akan tetapi, rakyat semakin bengang apabila ketika rakyat memerlukan subsidi, ia terus dibazirkan ke IPP. Dahi rakyat terus berpeluh apabila membaca kenyataan sebuah akhbar di Australia yang mengatakan :
"Akhbar Australia, The Age melaporkan bahawa Securency International, yang separuhnya dimiliki oleh bank pusat negara itu telah menandatangani Liberal Technology sebagai ejennya pada 2009 atas harapan bahawa pemegang besarnya Datuk Haris Onn Hussein, akan “membolehkan akses, dan pengaruh ke atas ahli-ahli politik utama Malaysia.” - The Malaysian Insider.
Akan tetapi, Hisyamuddin telah menafikan pada masa yang sama.

Dan apakah kita, rakyat biasa hanya boleh bersetuju dengan pendapat Dr Abu Hassan dan seterusnya mengundi Barisan Nasional pada PRU 13 nanti?
“Kita boleh lihat banyak dasar yang gagal, contohnya dasar perumahan negara. Rumah dibina, tetapi boleh ‘membunuh’ kita. Sistem pengangkutan awam teruk. Kadar jenayah meningkat.

“Walhal dengan takrif menuju negara maju, sepatutnya Malaysia telah lama menyelesaikan masalah ini. Takrif negara maju ialah kebajikan yang tak harus menjadi beban. Subsidi adalah kebajikan. Negara maju adalah negara mengutamakan kebajikan rakyatnya,” tegas Abu Hassan. - Keadilan Daily.
Apakah sudah putus harapan terhadap Pakatan Rakyat yang ingin mengubah Malaysia ini?

Jika anda sudah putus harapan, anda semua hendaklah reda akan warga asing yang boleh mengundi dan seterusnya menentukan masa hadapan negara tanpa anda semua.
"PEMBERIAN Mykad kepada warga asing secara mendadak dan merata telah dikesan di Selangor, di Kelantan dan dipercayai di banyak negeri lagi.

Tidak lain tujuannya adalah memenangkan Barisan Nasional dalam pilihan raya yang akan datang.

Kementerian Dalam Negeri telah bersekongkol dengan Basisan Nasional khususnya Umno untuk mengeluarkan Mykad kepada warga asing yang mencari pekerjaan di negara ini tidak kira mereka datang secara sah atau pun tidak." - Harakah Daily

Kazakhstan With Love

Apakah kelebihan untuk Pakatan Rakyat akan isu ini?
"Apakah tujuan sebenar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri ke Kazakhstan, atas urusan rasmi negara atau untuk menguruskan perkahwinan anaknya, Nooryana Najwa?" - Harakahdaily
Jika ia tidak memberi sebarang impak, ia tidak perlu diperbesarkan, jika ia sebagai contoh PM menggunakan wang rakyat untuk pergi merisik maka ia perlu diperbesarkan.

Seperti isu ini apabila digandingkan dengan lawatan PM ke Kazakhstan mampu menidakkan kata-kata di bawah jika PM menggunakan duit rakyat untuk urusan peribadi dan keluarganya.
"Perdana Menteri berkata perjuangan Umno dan BN selama ini menepati ciri-ciri negara kebajikan seperti dalam bidang pendidikan, kesihatan, subsidi makanan dan minyak yang semuanya sudah dinikmati oleh rakyat sejak sekian lama." - Malaysiakini
Apakah PM ke Kazakhstan disebabkan gembira dan selesa dengan kenyataan Nazri Aziz :
"Negara kebajikan PAS mudahkan Umno hadapi PRU-13, dakwa Nazri" - The Malaysian Insider
Anda tentu akan tertanya-tanya mengapa Nazri Aziz begitu teruja dengan "Negara Berkebajikan" yang PAS ingin laksanakan? Sudah tentu ia teruja, sedangkan saya yang sedang menulis blog ini begitu teruja dengan "Negara Berkebajikan" tersebut.