Monday 6 June 2011

Anda dan Warga Asing Menentukan Masa Depan Malaysia

Saya masih tertanya-tanya, apakah kesan kenaikan barang hanya dirasai oleh rakyat yang menyokong Pakatan Rakyat sahaja kah? Ia disebabkan rakyat yang menyokong Barisan Nasional nampaknya tidak terjejas sedikitpun akan kehidupan seharian mereka, apakah mereka dibekalkan elaun disebabkan menyokong Barisan Nasional?
"Pengurangan subsidi ke atas barangan keperluan asas, termasuk gula dan petrol RON97 dan terbaru gas asli yang menyebabkan tarif elektrik terpaksa dinaikkan mula memberi kesan kepada orang ramai daripada pelbagai lapisan." - Malaysiakini
Laporan di atas jelas menunjukkan bahawa rakyat sudah tidak tahan akan kenaikan harga barang yang terus menerus sehingga tidak sabar untuk berdemontrasi. Apakah rakyat yang ingin berdemo itu menyokong Pakatan Rakyat?

Adalah satu yang adil, jika pemimpin juga terhimpit sama seperti dengan rakyat akan kenaikan harga barang, akan tetapi, rakyat semakin bengang apabila ketika rakyat memerlukan subsidi, ia terus dibazirkan ke IPP. Dahi rakyat terus berpeluh apabila membaca kenyataan sebuah akhbar di Australia yang mengatakan :
"Akhbar Australia, The Age melaporkan bahawa Securency International, yang separuhnya dimiliki oleh bank pusat negara itu telah menandatangani Liberal Technology sebagai ejennya pada 2009 atas harapan bahawa pemegang besarnya Datuk Haris Onn Hussein, akan “membolehkan akses, dan pengaruh ke atas ahli-ahli politik utama Malaysia.” - The Malaysian Insider.
Akan tetapi, Hisyamuddin telah menafikan pada masa yang sama.

Dan apakah kita, rakyat biasa hanya boleh bersetuju dengan pendapat Dr Abu Hassan dan seterusnya mengundi Barisan Nasional pada PRU 13 nanti?
“Kita boleh lihat banyak dasar yang gagal, contohnya dasar perumahan negara. Rumah dibina, tetapi boleh ‘membunuh’ kita. Sistem pengangkutan awam teruk. Kadar jenayah meningkat.

“Walhal dengan takrif menuju negara maju, sepatutnya Malaysia telah lama menyelesaikan masalah ini. Takrif negara maju ialah kebajikan yang tak harus menjadi beban. Subsidi adalah kebajikan. Negara maju adalah negara mengutamakan kebajikan rakyatnya,” tegas Abu Hassan. - Keadilan Daily.
Apakah sudah putus harapan terhadap Pakatan Rakyat yang ingin mengubah Malaysia ini?

Jika anda sudah putus harapan, anda semua hendaklah reda akan warga asing yang boleh mengundi dan seterusnya menentukan masa hadapan negara tanpa anda semua.
"PEMBERIAN Mykad kepada warga asing secara mendadak dan merata telah dikesan di Selangor, di Kelantan dan dipercayai di banyak negeri lagi.

Tidak lain tujuannya adalah memenangkan Barisan Nasional dalam pilihan raya yang akan datang.

Kementerian Dalam Negeri telah bersekongkol dengan Basisan Nasional khususnya Umno untuk mengeluarkan Mykad kepada warga asing yang mencari pekerjaan di negara ini tidak kira mereka datang secara sah atau pun tidak." - Harakah Daily

No comments:

Post a Comment