Tuesday 14 June 2011

Negara Berkebajikan Vaksin Untuk Selamatkan Malaysia

Sejak muktamar PAS lagi, saya tertanya-tanya, mengapa "Negara Berkebajikan" mendapat sambutan hebat tidak kira daripada mana, sama ada di pihak Barisan Nasional menyambut hal "Negara Berkebajikan" dengan penuh emosi sekali.

Terima kasih kepada Ustaz Hasrizal sebab memberikan pencerahan persoalan yang telah saya kemukakan melalui penulisannya di blog;
"Sama ada mereka buat-buat tidak faham atau memang tidak faham, Islam sebagai ideologi politik (Islamism?) semenjak di era Jamaluddin al-Afghani, Muhammad Abduh, Rashid Ridha, Sultan Abdul Hamid II, Hasan al-Banna, al-Mawdudi, Sayyid Qutb membawa ke era Necmettin Erbakan, Recep Tayyib Erdogan dan Luthfi Hasan Ishaaq, idea Islam sebagai kuasa politik berkembang dari semasa ke semasa dalam bentuk perbincangan, penafsiran dan penterjemahannya kepada agenda kerja.

Penamaannya sebagai Negara Islam atau apa-apa istilah, berubah dari satu zaman ke satu zaman.

Ia membuktikan dinamika gagasan Islam dalam menyesuaikan prinsip-prinsipnya dengan realiti semasa. Challenge and response sebagai enjin survival, paling cantik diperlihatkan oleh kemaskini gerakan Islam merentas zaman. Gerakan Islam sentiasa menyemak dan mengemaskini idea yang didukung tanpa berganjak daripada prinsip-prinsip yang menjadi asas kewujudannya." - Ustaz Hasrizal.

Saya juga, cukup bersetuju dengan pendapat Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan akan ulasannya mengenai "Negara Berkebajikan".
"Kandungan ucapan dasar itu dikira sebagai suntikan vaksin mujarab bagi PAS untuk lebih sihat dan bertenaga melangkah ke medan pilihan raya umum ke-13. Betapa misi dan aturan kerja parti PAS sudah jelas untuk menawan sokongan rakyat. Ini kerana program berkebajikan adalah hak dan keperluan majoriti rakyat masa kini.

Sekaligus, pihak pimpinan Umno kelihatan gelisah dan meracau di siang hari, apabila dikhabarkan program berkebajikan yang ditawarkan oleh PAS bersama Pakatan Rakyat. Maka logiknya Umno sudah mengalami suhu badan mencecah paras ‘demam panas’.

Apa pun PAS tidak seharusnya setakat menjadi pelawat kepada pesakit demam panas. Apa yang diingini PAS sepatutunya sedia menjadi doktor terus memberitahu rakyat supaya tidak lagi menghampiri Umno yang sudah demam yang mengancam kesihatan awam. Sewajarkah rakyat membawa Umno ke ‘wad sakit’ dalam pilihan raya nanti? "
- Wan Nik Wan Yussof.
Apa tanggungjawab kita? Kita harus mendokongi matlamat ini seterusnya menjelaskan kepada rakyat umum tentang cita-cita PAS untuk "Membangunkan Negara Berkebajikan" dan seterusnya dapat direalisasikan setelah memenangi PRU13 ini nanti.

No comments:

Post a Comment