Wednesday, 20 May 2015

Semangat Baru

Hari ini, baru ada semangat. Semangat untuk kembali menulis. Semoga semangat ini tidak terhenti setakat hari ini.

Wednesday, 4 July 2012

Sultan dan rakyat, berpisah tiada

Pastinya rakyat selain daripada rakyat Negeri Kelantan amat mencemburui adegan ini.


Wednesday, 20 July 2011

Video Terhebat Pasca BERSIH 2.0

Video yang terhebat & mantap yang mampu membingkiskan semangat yang hilang setelah melihat apa yang berlaku. Cetusan semangat yang ingin melihat Barisan Nasional diturunkan.

Video pertama; This Is Our Land



Video kedua; Truth that cannot be covered



Saya tertarik apa yang ditulis oleh pipiyapong;
"13. Kita kena terima hakikat bahawa ini semua kerja polis dan sebagai orang awam kita perlu kena pukul untuk membantu pihak polis.
14.
Cubit peha najib peha polis terasa juga
15.
Kerja polis ini semua bukan hasil bisikan iblis" - pipiyapong.
Namun, hari ini. Utusan Malaysia membuat satu lawak yang bertaraf antarabangsa, apabila menyiarkan laporan ini;

Saya masih lagi memikirkan, bagaimana mereka mahu melihatkan polis ini bertindak dengan sewajarnya, dan bertindak mengikut lunas undang-undang? Bagaimana? ahhh Barisan Nasional, jangan dikau menutupi bangkai gajah dengan hanya menggunakan daun teh.

p/s terlampau sibuk, hanya dapat menulis dengan keadaan yang tergesa-gesa, menghambat masa. Fikiran saya telah memasuki fasa PRU 13, anda bagaimana?

Wednesday, 6 July 2011

Barisan Nasional Terus Berselidung Disebalik Polis & Tentera

Jika dahulu, saya tidak percaya, yang Malaysia ini adalah negara polis, namun, hari ini saya mengakui akan kebenaran yang Malaysia ini sememangnya sebuah negara polis.


Pertama; Pihak polis menggunakan kuasanya untuk menindas.
"Pihak polis mahu BERSIH 2.0 memohon mendapatkan permit bagi perhimpunan yang dijadualkan pada Sabtu ini, tetapi mengakui pertubuhan itu tidak layak berbuat demikian." - Malaysiakini.
Kedua; Walaupun BERSIH ingin menggunakan stadium, namun polis terus akan membuat penangkapan.
"Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, penguatkuasaan, termasuk tangkapan pencegahan ke atas aktivitis yang berkaitan dengan perhimpunan BERSIH 2.0 pada Sabtu ini akan berjalan seperti biasa." - Malaysiakini.
Ketiga; Polis tidak akan berkompromi dengan pihak selain daripada pihak Barisan Nasional.
"Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) menggesa kerajaan supaya menghentikan operasi penangkapan terhadap penyokong gabungan itu susulan kesediaan mereka untuk berkompromi." - Malaysiakini.
Keeempat; Polis lebih suka menyusahkan orang awam demi menjaga kebajikan Barisan Nasional.
"Kuala Lumpur dan kawasan sekitarnya pagi ini menyaksikan kesesakan teruk akibat sekatan jalanraya yang dilakukan oleh polis dalam usaha melumpuhkan perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) yang dijadualkan Sabtu ini." - Malaysiakini.
Kelima; Tentera juga ketinggalan untuk bersama polis menembak kepada sesiapa sahaja yang tidak mahu bersurai.
"Antara yang paling menonjol semasa demonstrasi Ketenteraman Awam sempena Eksesais Bersatu Aman 2/2011 di antara Angkatan Tentera Malaysia dan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) di Kem Sungai Besi di Kuala Lumpur adalah sehelai kain rentang yang memberi amaran kepada orang ramai supaya bersurai jika tidak mahu ditembak." - Malaysiakini.

Setelah membaca laporan demi laporan berita, saya menarik nafas yang dalam, adakah BERSIH yang membuat kacau bilau ataupun pihak Barisan Nasional yang terus mempergunakan POLIS & TENTERA untuk memuaskan nafsu serakah mereka.

Monday, 4 July 2011

Penjelasan 8 Tuntutan BERSIH - Haji Mohamad Sabu

Sila tonton dan fahaminya, adakah salah Lapan (8) Tuntutan BERS✔H 2.0 ini?

1. Membersihkan senarai daftar pengundi
2. Mereformasikan undi pos
3. Penggunaan dakwat kekal
4. Akses media bebas dan adil
5. Tempoh minimum 21 hari berkempen
6. Kukuhkan institusi awam
7. Menghentikan rasuah
8. Menghentikan politik kotor



Rakyat Perlu Tahu ; Kerajaan Barisan Nasional Boros

Semakin hari, semakin banyak perkara yang perlu rakyat tahu, sesudah tahu, sudahlah menyokong Barisan Nasional.

Pertama; Kerajaan menyuruh rakyat berjimat, tetapi dia sendiri yang boros.
"Kerajaan membelanjakan hampir RM49 juta setahun untuk membiayai kos kediaman rasmi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.

Dalam perincian jawapan yang diberikan itu, Nazri menjelaskan kos sewa untuk dua kediaman rasmi itu adalah berjumlah RM32,972,115.55, kos baik pulih RM3,581,744.78, bil elektrik RM10,267,868.15 dan bil air RM1,967,386.55 untuk satu tahun." - Harakahdaily.
Kedua; PM & TPM bermewahan melancong.
"Jabatan Perdana Menteri mendedahkan Datuk Seri Najib Razak, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan pasangan mereka telah menghabiskan RM25.1 juta bagi tujuan lawatan rasmi ke luar negara sejak 2008 hingga Jun tahun ini.

Menurut respons Jabatan Perdana Menteri yang diperoleh hari ini, Najib dan Rosmah telah membelanjakan RM1.7 juta pada 2008, RM4.8 juta (2009), RM5.1 juta (2010) dan RM5.4 juta sehingga Jun tahun ini.

Dalam pada itu, Muhyiddin dan Norainee telah membelanjakan RM2.7 juta pada 2008, RM609,185 (2009), RM1.38 juta (2010) dan RM3.27 juta sehingga Jun tahun ini." - The Malaysian Insider.
Ketiga; Kita telah ditipu sekelian lama oleh Barisan Nasional.
"Kerajaan Persekutuan pimpinan BN telah “memperdayakan” rakyat apabila Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (PEMANDU) menyatakan bahawa kerajaan menanggung bil subsidi berjumlah RM74 bilion pada 2010, kata seorang pakar ekonomi hari ini." - Malaysiakini.
Keempat; Anda akan tinggal bersama dengan 500,000 warga Bangladesh.
"Semua warganegara Bangladesh di negara ini yang dianggarkan 500,000 orang, sama ada masuk ke Malaysia secara sah atau haram, akan didaftarkan menerusi sistem biometrik dengan kerjasama kerajaan Bangladesh." - Utusan Online.
Sekian lama kita ditipu, kini Barisan Nasional terus akan menipu jika kita merelakan diri kita untuk ditipu.

Monday, 27 June 2011

Kini menyalalah unggun sakti itu

Beratus-ratus kali saya mendengar, tanpa puas, baru terasa keajaiban puisi dalam menerkam ombak demokrasi yang ganas di Malaysia ini.


Unggun Bersih

Semakin lara kita didera bara—
kita laungkan juga pesan merdeka:
Demokrasi sebenderang mentari
sehasrat hajat semurni harga diri.

Lama resah kita—demokrasi luka;
lama duka kita—demokrasi lara.
Demokrasi yang angkuh, kita cemuhi;
suara bebas yang utuh, kita idami!

Dua abad lalu Sam Adams berseru:
(di Boston dijirus teh ke laut biru):
Tak diperlu gempita sorak yang gebu,
diperlu hanya unggun api yang syahdu.

Kini menyalalah unggun sakti itu;
kini merebaklah nyala unggun itu.

24—25, 6.11. A. SAMAD SAID
"Apa yang saya lakukan ialah merakamkan satu peristiwa di mana saya fikir, untuk memperbaiki suasana, bukan untuk memperburukkan suasana.

"Dalam puisi saya itu memang saya katakan kita sebenarnya perlu mempersuci demokrasi bukan memperkeruhkan atau mencemarinya.


"Dalam puisi itu adalah saranan-saranan yang saya fikir amat suci yang sepatutnya dihargai bukan dicurigai,"
- A Samad Said.