Tuesday 14 June 2011

Kami Sudah Tertindas, Apa jaminan Warga Asing Selamat?

Entah hendak salahkan siapa, Malaysia terus dimalukan oleh orang negara asing, realitinya Kerajaan Barisan Nasional senantiasa memalukan dirinya tanpa mengira perasaan rakyat. Mungkin alasan-alasan ini boleh diterima disebabkan kes ini yang saya rasa, amat-amat malu ia terjadi di Malaysia.
"Dua wanita warga Singapura dilaporkan dipaksa ketuk ketampi dan bercangkung dalam keadaan berbogel oleh anggota Jabatan Imigresen selepas ditangkap atas dakwaan cuba masuk ke Malaysia secara tidak sah." - Malaysiakini.
Pertama; Ada apa dengan warga asing? Sedangkan Mahkamah dipergunakan untuk memperkenakan rakyat sendiri, bukti paling jelas, kes fitnah II yang melibatkan Dato' Seri Anwar Ibrahim.
"Peguam kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluahkan keraguannya terhadap peluang mendapatkan pendengaran yang adil, sehari sebelum membela diri dalam perbicaraan kes liwat.

Sankara Nair (kanan) memberitahu AFP bahawa pihak pendakwaaan hanya membenarkan pasukan peguam Anwar mewawancara lima orang sahaja daripada 25 saksi yang dijanjikan."
- Malaysiakini.
Kedua; Ada apa dengan warga asing? Sedangkan Polis tidak pernah membuat sebarang tangkapan atas penyebaran video lucah yang kian meluas di Malaysia ini.
"Polis masih belum mempunyai sebarang petunjuk baru atau membuat tangkapan berhubung pengedaran VCD lucah yang memaparkan aksi seks seorang lelaki yang didakwa mirip ketua pembangkang seperti yang dipertontonkan oleh trio 'Datuk' kepada wartawan." - Malaysiakini.
Ketiga; Ada apa dengan warga asing? Sedangkan KDN takut untuk mengambil tindakan atas ucapan berupa hasutan oleh Ibrahim Ali.
"Kerajaan tidak akan mengambil sebarang tindakan terhadap Datuk Ibrahim Ali yang mengisytiharkan “perang jihad” ke atas komuniti Kristian, yang didakwa media Umno baru-baru ini mahu mengambil alih status Islam sebagai agama persekutuan." - The MalaysianInsider.
Keempat; Ada apa dengan warga asing? Sedangkan Ibrahim Ali berani buat ugutan, dan pihak polis seperti takut untuk mengambil tindakan.
"Pemuda PAS menyifatkan hasrat Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) mengerahkan ahlinya berarak dan bertembung dengan kumpulan Gabungan Pilihan Raya dan Adil (BERSIH) dalam himpunannya 9 Julai ini sebagai "satu ancaman serius".

Malah, mereka menganggap tindakan NGO Melayu yang diketuai Datuk Ibrahim Ali "membuktikan PERKASA adalah pertubuhan yang mahukan kekacauan berlaku dalam negara" ini.


"Kenyataannya yang mahu bertembung semasa perhimpunan tersebut adalah merupakan satu ancaman yang serius kepada keselamatan negara. "
- Malaysiakini.
Hey warga asing, apakah ada jaminan untuk kamu? sedangkan kami rakyat Malaysia sendiri tertindas dalam negara kami sendiri yang diterajui oleh Barisan Nasional.

No comments:

Post a Comment