Hidup yang masam (berduka) akhirnya akan manis (gembira) juga. Walaupun gembira itu sebentar sahaja, namun ia nikmat.
Thursday, 14 December 2023
Tak Gembira
Bagaimana kita gembira membuat majlis harijadi? semakin umur kita bertambah, ia bermaksud semakin kurang umur kita di dunia ini. Tak salah untuk gembira.
Tuesday, 12 December 2023
Mudah Sebut
Mudah untuk mengatakan untuk bertawakal kepada Allah. Mudah untuk ucapkan kepada diri dan kepada orang lain. Namun, bila musibah atau ujian itu datang, tahulah anda bagaimana untuk hadapinya. Samada mudah atau tidak. Namun, sesusah mana sekalipun musibah dan ujian tersebut, kita wajib bertawakal kepada Allah sepenuhnya.
Monday, 11 December 2023
Segenggam Tabah
Tika kesakitan ini, bukanlah kesembuhan yang dirayu. Tapi keampunan dan rahmat dariNya. Terasa rumit dalam menggenggam tabah.
Cuti Menyampah
Ketika tengah bercuti, jangan sesekali masuk campur tentang hal kerja. Ia akan membuatkan anda stress dan orang akan menyampah dengan anda.
Friday, 8 December 2023
Hilang Rasa
Setiap kali ditolak ke dewan bedah, aku pelik. Bukan sekali tetapi enam kali ke sana. Mengapa aku tidak merasa dan melihat seperti adegan drama tv mahupun movie, sepertimana kalian pun tahu. Apakah aku hilang rasa?
Sabar Kesakitan
Sabar dalam menghadapi kesakitan. Selalu diri dalam keadaan redha. Selalu sematkan dalam hati, ini adalah ujian daripada Allah kepada hambaNya. Sabar dalam menguruskan sakit.
Thursday, 7 December 2023
Iman Ajaib
Kamu bebas memilih cara untuk beriman:
Pertama, beriman atas dasar disiplin ilmu Islam atau kedua, berdasarkan keajaiban.
Aku? Suka lihat sejadah terbang. Hahaha.
Tuesday, 5 December 2023
Belajar Melepaskan
Dahulunya, sebelum aku sakit. Aku sentiasa bimbang kepada nasib semua orang yang aku sayang dan kenali. Bimbang seperti lagaknya Tuhan yang menentu rezeki. Kini, aku belajar mengenal Tuhan dan aku belajar untuk melepaskan kebimbangan itu. Kerna, yang memberi rezeki itu adalah Allah SWT.
Sunday, 3 December 2023
Pengajaran Umum
Sentiasa ingin menulis tetapi ada batasan. Tersilap menulis mengundang murka Tuhan disebabkan riak. Jalan selamat menulis untuk pengajaran umum bukan atas pengajaran khusus iaitu peribadi. Hati-hati dalam berbuat sesuatu.
Saturday, 2 December 2023
Hidup Semula
Hampir setahun ini terasa baru hidup kembali dari mati. Mati rasa, mati perasaan dan banyak lagi. Aku bersyukur, masih diberi peluang kedua untuk memperbaiki segalanya. Dan, aku terkejut. Masih wujud lagi blog ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)