Sunday, 5 May 2024

Kepanjangan Masa

 Masa akan terasa panjang, apabila masa diisi dengan amalan yang baik. Jika disebaliknya, dunia menjadi tergopoh-gapah. Dan manusia itu suka akan hal segera, segera itu dunia, dan manusia itu tinggalkan hari akhirat;

https://youtu.be/fWApoaRzzP0?si=Y_6zYsLLmUTB9MNy



Saturday, 4 May 2024

Dunia Dukacita

Ya, kita semua tahu dunia itu menipu. Tetapi, kita selalu tertipu, berulang-kali. Dunia sememangnya amat mendukacitakan, tidak pernah dan sentiasa tidak adil. Akhirat sepatutnya menghapuskan segala dukacita. Kecelakaan besar jika di sana kita masih berdukacita.  



Tuesday, 23 April 2024

Kecewa

Kecewa dengan kehidupan lepas. Kecewa dengan penyakit yang dihadapi. Tapi ingat, jangan putus asa dengan rahmat Tuhan.

Sunday, 10 March 2024

Mencari Bahagia

Benar, bahagia itu bergantung dengan sebanyak mana kita bersyukur. Banyak bersyukur, bahagia dirasai.

Friday, 5 January 2024

Multiverse yang sibuk

Saintis sibuk dengan multiverse. Menganggapkan kita berada di dalam simulasi dan simulasi serta simulasi. Jika mengakui dunia ini yang meliputi langit dan bumi berada dalam keadaan tersusun dan dunia akan hancur sekiranya sedikit formula diganggu, susahkan untuk mengakui adanya Sang Pencipta, iaiu Allah.

Thursday, 14 December 2023

Tak Gembira

Bagaimana kita gembira membuat majlis harijadi? semakin umur kita bertambah, ia bermaksud semakin kurang umur kita di dunia ini. Tak salah untuk gembira.

Tuesday, 12 December 2023

Mudah Sebut

Mudah untuk mengatakan untuk bertawakal kepada Allah. Mudah untuk ucapkan kepada diri dan kepada orang lain. Namun, bila musibah atau ujian itu datang, tahulah anda bagaimana untuk hadapinya. Samada mudah atau tidak. Namun, sesusah mana sekalipun musibah dan ujian tersebut, kita wajib bertawakal kepada Allah sepenuhnya.