Monday 27 June 2011

Kini menyalalah unggun sakti itu

Beratus-ratus kali saya mendengar, tanpa puas, baru terasa keajaiban puisi dalam menerkam ombak demokrasi yang ganas di Malaysia ini.


Unggun Bersih

Semakin lara kita didera bara—
kita laungkan juga pesan merdeka:
Demokrasi sebenderang mentari
sehasrat hajat semurni harga diri.

Lama resah kita—demokrasi luka;
lama duka kita—demokrasi lara.
Demokrasi yang angkuh, kita cemuhi;
suara bebas yang utuh, kita idami!

Dua abad lalu Sam Adams berseru:
(di Boston dijirus teh ke laut biru):
Tak diperlu gempita sorak yang gebu,
diperlu hanya unggun api yang syahdu.

Kini menyalalah unggun sakti itu;
kini merebaklah nyala unggun itu.

24—25, 6.11. A. SAMAD SAID
"Apa yang saya lakukan ialah merakamkan satu peristiwa di mana saya fikir, untuk memperbaiki suasana, bukan untuk memperburukkan suasana.

"Dalam puisi saya itu memang saya katakan kita sebenarnya perlu mempersuci demokrasi bukan memperkeruhkan atau mencemarinya.


"Dalam puisi itu adalah saranan-saranan yang saya fikir amat suci yang sepatutnya dihargai bukan dicurigai,"
- A Samad Said.

Monday 20 June 2011

Ia Sudah Berlalu, SPR Ketakutan Menunggu Gelombang

SPR yang tidak boleh dipegang dengan janji-janjinya.

Pertama; Sebelum ini telah menutup segala rundingan.


Kedua; Semalam dan hari ini ingin membuka pintu rundingan akan tetapi dengan syarat perhimpuan BERSIH mesti dihentikan. Gilakah?
"PUTRAJAYA, 20 Jun – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bersedia untuk mengadakan pertemuan dengan kumpulan Bersih dengan syarat Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini tidak diadakan.

“Kita bincang tetapi dengan syarat begitulah, tetapi jika nak mengadakan demonstrasi dan jumpa kita hanya sebagai ‘rubber stamp’ atau alasan sahaja, tidak ada maknalah." - The MalaysianInsider.
Ketiga; Saya memberi sokongan penuh akan pendapat Ambiga.
"KUALA LUMPUR, 21 Jun — Bersih 2.0 menyambut baik kesediaan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mengadakan perbincangan mengenai pembaharuan pilihan raya tetapi menegaskan sudah terlambat untuk berbincang lagi ekoran penyalahgunaan yang jelas dan ketidakinginan kerajaan untuk memperbaiki sistem sedia ada." - The MalaysianInsider.
Turun jangan tak turun ke BERSIH 2.0 nanti.

PAS, Pakatan Rakyat Perlu Lagu


Saya dengan rendah hati, ingin mencadangkan.

Pertama; supaya PAS boleh menerbitkan satu lagu yang bersifat umum, maksudnya ia tidak secara khusus untuk parti sahaja, ia umum untuk seluruh masyarakat yang pelbagai kaum.

Kedua; supaya pemimpin Pakatan Rakyat boleh menerbit satu lagu yang menggabungkan pelbagai parti yang ada di Pakatan Rakyat dimasukkan di dalam satu video klip, untuk menunjukkan kesatupaduan di atas satu matlamat untuk menyelamatkan Malaysia.

Sebagai contoh video klip terbaik untuk umum ialah lagu tema DAP; Berubah.




Khairy, PERKASA & Hishamuddin ; Pakatan Untuk Gagalkan BERSIH 2.0


Apa kata Najib dan Hishamuddin, apabila Ketua Pemuda UMNO jadi macam ni;

Pertama;
"Terbaharu, Khairy menerusi Twitter mengkritik Dialog Antarabangsa Langkawi yang muncul hasil inisiatif Tun Dr Mahathir Mohamad, yang disifatkannya sebagai program yang tidak perlu dilaksanakan lagi. Khairy mengkritik keras kehadiran Presiden Zimbabwe Robert Mugabe, salah seorang diktator yang mahu dipinggirkan oleh masyarakat antarabangsa ekoran tindakannya terhadap warga berketurunan Eropah di negaranya." - Harakahdaily.my.
Kedua;
"Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata, pergerakan itu akan tetap mengadakan perhimpunannya pada 9 Julai walaupun polis memberi amaran akan mengambil tindakan. Katanya, waktu untuk membincangkan mengenai permit bagi perhimpunan berkenaan juga telah berakhir. "Saya rasa (berhubung) isu permit ini, keretapi dah lepas dah. "Apa sajalah, permit polis, amaran dia nak bagi, pemuda tetap akan hadir. "Waktu untuk amaran sudah berakhir," katanya lagi ketika ditanya dalam satu sidang media hari ini." - MalaysiaKini.
Bagi pihak saya, saya amat bersetuju dengan pendapat ini;
"Perbalahan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein dan Ketua Pemudanya, Khairy Jamaluddin berhubung perhimpunan sayap parti itu disifatkan sebagai wayang semata-mata." - KeadilanDaily.
Secara kesimpulan; Khairy Jamaluddin, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein & PERKASA berlakon dipentas yang sama, pentas yang ingin menggagalkan BERSIH.



Sunday 19 June 2011

Pelancaran Kami Benci Perkasa


Kenapa saya benci Ibrahim Ali?

Pertama;

Ia adalah anak didikan yahudi yang begitu menyintai rasis (perkauman).


Kedua;

Ia bertindak luar batasan demokrasi apabila berani memberi amaran kepada sesiapa sahaja tanpa pedoman. Dan polis tidak akan bertindak apa-apa.

Ketiga;

Saya cukup benci kenyataan beliau sepertimana yang dilaporkan di Malaysiakini.
"Ibrahim turut membayangkan jika perhimpunan itu tidak dibatalkan, maka akan berlaku huru-hara.

"Tuan-tuan bayangkan perhimpunan BERSIH tidak dibatalkan, mereka teruskan juga, (mereka) tidak umum bahawa mereka akan batal pada 7 atau 8 Julai, saya percaya masyarakat Tiong Hua mungkin ramai-ramai, semua sekali, belilah bekalan makanan tambahan simpan di rumah.

"Apa sahaja boleh berlaku," katanya.
LinkSehubungan itu, beliau menggesa pihak polis bertindak apa cara sekalipun untuk menjaga keamanan

"Kalau (perhimpunan BERSIH) tak dibatalkan, kita teruskan... Kalau nak tangkap, tangkap semua, asalkan negara kita aman. Jangan buat kekacauan," kata Ibrahim yang mendapat tepukan kira-kira 500 penyokong PERKASA dan NGO Melayu yang berhimpun di Kelab Sultan Sulaiman." - Malaysiakini.
Keempat;

Untuk menunjukkan rasa benci saya kepada Ibrahim Ali, saya mewakili orang yang benci kepada sikap Ibrahim Ali melancarkan page "Kami Benci Perkasa" di Facebook.



Jom join dan tolong promosi kepada sahabat-sahabat yang lain.



Saturday 18 June 2011

Kenaikan Tarif Elektrik ; Kesannya Kepada Rakyat


Apa kesannya kepada rakyat apabila Kerajaan Barisan Nasional menaikkan tarif elektrik sebanyak 2.23 sen kilowatt sejam atau 7.12 peratus kepada 33.54 sen kW sejam daripada 31.31 sen kW sejam, berkuatkuasa 1 Jun?

Kesan Pertama; Golongan berpendapatan rendah akan terbeban.
"Pensyarah kanan Jabatan Ekonomi, Fakulti Pengurusan Perniagaan, Universiti Teknologi Mara (UitM), Dr Baayah Baba berkata golongan berpendapatan rendah akan merasa kesan kenaikan tarif berkenaan. “Ini kerana kos pengeluaran akan meningkat, terutama di kilang yang menggunakan mesin berteknologi tinggi kerana mereka menggunakan elektrik melebihi 300 kilowat sejam (kWj),” katanya dilapor Sinar Harian hari ini." - Harakahdaily.my
Kesan Kedua; Negara akan berdepan dengan inflasi yang serius.
"Sementara Pensyarah Ekonomi Pusat pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Amir Baharuddin pula berkata kenaikan tarif elektrik akan menyebabkan negara berdepan inflasi. “Inflasi adalah isu yang serius hingga boleh menimbulkan krisis jika tidak dibendung. Ini kerana rakyat terpaksa menaggung beban apabila semua barang akan meningkat secara automatik selepas ini,” “kerajaan tidak sepatutnya menaikkan tarif elektrik sekarang kerana kenaikan harga barang akan memberi tekanan kepada rakyat, terutama mereka yang berpendapatan rendah,” ujarnya dipetik berkata." - Harakahdaily.my
Kesan Ketiga; Harga makanan akan naik.
"Semalam, pakar ekonomi Yeah Kim Leng berkata harga makanan dijangka akan turut meningkat seiring dengan pengumuman kerajaan menaikkan tarif elektrik. Ketua ekonomis Ratings Agency Malaysia itu berkata ia berikutan industri pengeluaran makanan di negara ini menggunakan sebahagian besar tenaga eletrik bagi tujuan pengeluaran." - Harakahdaily.my
Pada hari ini, apakah kesan-kesan ini anda belum rasai?

Selamat Hari Bapa; Selamatkan Anak-Anak Kita



Masing-masing menyambut Hari Bapa bersama bapa masing-masing, saya?, Al Fatihah untuk ayahanda tercinta, moga damai di sana.

Semalam, sempat membawa keluarga bercanda di Teluk Cempedak, suasana di sana walaupun jam 2.00 pagi seperti pukul 8.00 malam, masing-masing dengan gelagat masing-masing. Ada sekeluarga bersantai seakan berkelah, ada anak muda bermain gitar & skateboard, ada seniman yang melukis demi kepuasan dan ada bermacam-macam gelagat pada 2.00 pagi itu.

Sambil melihat anak bermain dengan ibunya sempat melihat anak muda, berbekalkan gitar kapok terus menyanyikan lagu "Anak-Anak Kita" M Nasir, air mata ini tidak tertahan sebak mendengarnya ;
"Anak-anak kitakah yang berlari telanjang
Di bawah mentari sumbing
Sambil bernyanyi lagu
Ketakutan hari-hari ini"
Hari ini, secara jujur, anda bersetujukah dengan pendapat yang kita tidak boleh menjamin anak-anak kita untuk membesar secara sihat seperti kanak-kanak zaman dahulu yang begitu sihat mindanya. Hari ini saya begitu takut untuk membeli akhbar, di sanalah akhbar mengajar anak-anak kita membiasakan diri dengan fitnah dan gejala seks. Saya yakin anda semua setuju mengenai media massa yang kian merosakkan anak kita.
"Anak-anak kitakah yang memikul beban
Kesilapan kita
Hingga dia tak kenal
Budaya canggung bangsa sendiri"
Kita tidak mahu lagi anak-anak kita menanggung kesilapan kita, yang begitu alpa dalam urusan beragama, alpa dalam urusan menjaga hak agama dan bangsa, kesilapan kita pada masa dahulu gagal memartabatkan Islam dalam urusan harian, mengabaikan jawi sebagai tulisan kebanggaan Melayu.
"Selamatkan anak kita
Dari padang jerangkap samar
Selamatkan anak kita
Orde baru politikus usang"
Bersempena dengan PRU13, saya secara total menolak cara politik usang yang sekian lama memerintah Malaysia, saya dengan ini menyokong penuh Pakatan Rakyat untuk memimpin Malaysia, supaya saya dapat menyelamatkan anak-anak saya dari fitnah dan main seks Barisan Nasional.
"Jaga-jaga anak kita
Jangan sampai jadi hamba
Jaga-jaga anak kita
Kita ini orang merdeka

Panggillah mereka pulang
Ayah nak ajar
Tentang kurang ajar
Jadi mereka takkan sendiri lagi"
Ayuh bangsaku, kita ubah keadaan Malaysia ini supaya menjadi lebih baik lagi.

BERSIH ; Sejak Bila Muhyiddin Itu Bijak?


Saya pelik dan hairan, sejak bila Timbalan Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi seorang yang bijak seperti ini?
""Mereka mungkin akan meneruskan momentum ini supaya apabila sampai pilihan raya nanti, kebencian rakyat akan mencapai ke tahap yang tinggi dan menolak kerajaan," katanya." - Malaysiakini.
Sekejap sahaja bijaknya datang, setelah itu beliau kembali menjadi bodoh;
"Beliau berkata demonstrasi jalanan bukan penyelesaian terbaik berkaitan dengan sistem pilihan raya negara, sebaliknya mereka boleh menggunakan demokrasi berparlimen untuk membetulkan keadaan." - Malaysiakini.
Masing-masing tertanya-tanya, sejak bila Barisan Nasional membuka ruang demokrasi berparlimen untuk menuntut hal-hal seperti ini?

Pada kami, kami tetap akan meneruskan perjuangan BERSIH ini, bak kata Ketua Pemuda PAS Pusat;
"“Mereka mahu ugut siapa? Kami sudah menegaskan kepada semua bahawa kami hanya akan berhimpun secara aman dan menunjuk perasaan kami membantah sistem demokrasi yang masih pincang dan mendesak supaya beberapa tuntutan kami yang mewakili sebahagian besar rakyat diterima dengan baik oleh pihak kerajaan.

“Apa masaalah MUBARAK? Apa masalah kerajaan untuk tidak menunaikan permintaan sebahagian rakyat biar pun tidak semua rakyat dalam negara ini membuat tuntutan serupa?” - Ketua Pemuda PAS Pusat" - Malaysiakini.
Ayuh anak muda Malaysia, bersama-sama kami untuk menuntut satu pilihanraya yang adil lagi BERSIH!



Satu video klip yang cukup bermakna, yang dipetik dari Facebook Tuan Guru, tontonilah dan fahamilah akan erti "Freedom" yang sebenar.

Thursday 16 June 2011

Utusan Melayu : Semakin Hari Semakin Terhina & Memalukan

Utusan Melayu cukup memalukan Malaysia, sama ada sikapnya untuk hubungan asing dan hubungan sesama Islam.

Pertama; Ingatkah anda semua suatu ketika Jepun dilanda Tsunami, maka kartun ini mereka (Utusan Melayu) keluarkan.


Kedua; Terkini dan setakat ini masih belum ada kenyataan maaf daripada Utusan Malaysia.


Mengenai hal kedua, ada perbahasan dan perbezaan pendapat yang menarik di antara Dr Asri Zainal Abidin dengan Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan, Ustaz Ahmad Fadhli Shaari.

Dr Asri kata;
"..kartun Utusan itu memang salah faham tentang perbezaan zina dan rogol..tapi apakah dia menghina Islam? atau itu satu sendaan kepada mereka yg salah faham tentang hukum tersebut? atau dia menggambarkan kesalahan faham sesetengah pihak..atau dia hendak berpolitik sahaja..atau memang menghina agama? semua itu perlu diteliti sebelum hukuman dijatuhkan.." - Dr Asri.
Ustaz Ahmad Fadhli kata;
"Saya tertarik dengan pandangan Dr Asri berkenaan isu kartun Utusan semalam. Menurutnya .."..kartun Utusan itu memang salah faham tentang perbezaan zina dan rogol..tapi apakah dia menghina Islam? atau itu satu sendaan kepada mereka yg salah faham tentang hukum tersebut? atau dia menggambarkan kesalahan faham sesetengah pihak..atau dia hendak berpolitik sahaja..atau memang menghina agama? semua itu perlu diteliti sebelum hukuman dijatuhkan..."

Pandangan Dr Asri yang saya kasihi itu saya hormati. Namun, dalam hal ini saya ingin memberikan pandangan yang agak berbeza. Jika pandangan Dr Asri digunapakai dalam isu kartun Denmark dulu, maka kartun itu pun tidak menghina Islam. Ia cuma menggambarkan salah faham sesetengah 'orang beserban' terhadap Islam. Maka dilukis wajah orang beserban dengan bom berada di atas kepala. Justeru, kartun itupun tidak menghina Islam. Begitukah?

Oleh yang demikian, Utusan wajar menarik balik kartun tersebut kerana ia mempersendakan syariat Islam samada dengan niat atau tidak di pihak pelukis." - Ustaz Ahmad Fadhli.
Bandingkan, nescaya anda temui jawapan yang seadilnya.

Anda semua dijemput untuk ;

Perkara : Menghantar Memorandum membantah karikatur Utusan Melayu yang menghina Islam.

Tempat : Ibu Pejabat Utusan Melayu, off Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur

Tarikh : Jumaat, June 17 · 9:00am - 10:00am

Nota : Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia akan mengetuai delegasi menghantar memorandum tersebut.

Wednesday 15 June 2011

Polis & Perkasa ; Seiringan & Seperjalanan

Pakatan Rakyat berusaha untuk menjayakan BERSIH 2.0, dan Barisan Nasional juga berusaha semaksimum yang mungkin untuk menggagalkan perhimpunan ini.

Untuk menjayakan usaha menggagalkan perhimpunan BERSIH ini, Barisan Nasional menggunakan anjing-anjing mereka untuk mengerkah peha peserta BERSIH nanti.

Anjing Pertama; PERKASA.
"Himpunan Bersih 2.0 mendapat tentangan pihak pro- Barisan Nasional (BN). Perkasa yang diketuai Datuk Ibrahim Ali memutuskan untuk mengadakan perarakan balas serentak pada hari yang sama.

Ibrahim berkata pihaknya akan menganjurkan protes balas bagi menghalang Himpunan Bersih 2.0 selain mendakwa ia akan menimbulkan huru-hara." - The MalaysiaInsider.
Anjing Kedua; POLIS.
""Kita amat khuatir dengan keselamatan dan ketenteraman awam yang akan tergugat, dan aktiviti perniagaan terpaksa dihentikan ekoran daripada perhimpunan itu," katanya. Khalid berkata polis juga menerima laporan bahawa pada hari yang sama, terdapat kumpulan lain yang berlainan ideologi merancang untuk adakan perhimpun.

"Ini mengundang kebimbangan sekiranya berlaku pertembungan antara dua kumpulan," katanya.
Beliau berkata polis akan mengambil langkah-langkah pencegahan termasuk membuat tangkapan sekiranya perlu. "Jika terdapat juga kumpulan yang ingkar dengan arahan polis, dengan bukti yang ada, kita tidak teragak-agak untuk menangkap mereka," kata Khalid." - Malaysiakini.
Apa-apa pun, bagi pihak saya, saya tetap akan menyertai BERSIH 2.0, wajib untuk saya menyertaikan kerana perkara ini jelas satu tuntutan yang adil bagi mana-mana parti yang akan bertanding di Pilihanraya nanti.
"Tuntutan perhimpunan tersebut adalah:

-Bersihkan senarai undi

-Mereformasikan undi pos

-Gunakan dakwat kekal

-Akses media bebas & adil

-Masa berkempen minima 21 hari

-Kukuhkan institusi awam

-Hentikan rasuah

-Hentikan politik kotor"
- BERSIH 2.0


Tuesday 14 June 2011

Kelantan : Peniaga Pasar MPKB & Arked Uda Terus Ditipu


Nak ketawa rasanya, akan tetapi simpati melebihi dari niat ketawa saya itu. Pada mulanya, mereka berdemontrasi kononnya PAS berpakat dengan TNB untuk memotong bekalan elektrik.

Situasi Pertama; Berpendapatan RM3,000 sehari?
"Manakala Pengerusi Persatuan Peniaga Pasar Lama Arked MPKB, Ab Salim Ahmad berkata sudah tiga hari para peniaga Pasar Lama MPKB tidak dapat berniaga di premis mereka akibat perbuatan yang disifatkannya sebagai sabotaj oleh pihak tertentu dalam kerajaan Pas Kelantan.
"Secara purata hasil jualan bagi para peniaga kain dan makanan di pasar ini ialah RM3,000 sehari. Jika dikalikan dengan 344 peniaga di sini menjadikan jumlah keseluruhan jualan peniaga adalah RM1 juta sehari. Siapa hendak tanggung kerugian kami," katanya." - Kelatekito.net
Situasi Kedua; Dengan Berpendapatan RM3,000 sehari tidak mampu membayar bil elektrik?
"Apa puncanya bekalan elektrik dipotong. Persatuan mungkin menyembunyikan fakta bil elektrik berjumlah hampir RM60,000 difahamkan gagal dibayar peniaga di situ sejak beberapa bulan lalu. Persoalannya sekarang siapa yang tidak menjelaskan bil tersebut, peniaga atau persatuan." - Harakahdaily.
Situasi Ketiga; Tidak sabar menunggu orang untuk kemaafan.
"Persatuan Peniaga Pasar Lama hanya berbaki hayat 16 hari lagi. Sebelum ini difahamkan mereka menemui beberapa pemimpin PAS memohon maaf di atas kritikan dilempar kepada kerajaan negeri berhubung isu Bazar Tok Guru." - Harakahdaily.
Apa yang Persatuan Peniaga cuba mainkan? politik ataupun nasib peniaga-peniaga? Apa komen En. Ab. Salim?

Negara Berkebajikan Vaksin Untuk Selamatkan Malaysia

Sejak muktamar PAS lagi, saya tertanya-tanya, mengapa "Negara Berkebajikan" mendapat sambutan hebat tidak kira daripada mana, sama ada di pihak Barisan Nasional menyambut hal "Negara Berkebajikan" dengan penuh emosi sekali.

Terima kasih kepada Ustaz Hasrizal sebab memberikan pencerahan persoalan yang telah saya kemukakan melalui penulisannya di blog;
"Sama ada mereka buat-buat tidak faham atau memang tidak faham, Islam sebagai ideologi politik (Islamism?) semenjak di era Jamaluddin al-Afghani, Muhammad Abduh, Rashid Ridha, Sultan Abdul Hamid II, Hasan al-Banna, al-Mawdudi, Sayyid Qutb membawa ke era Necmettin Erbakan, Recep Tayyib Erdogan dan Luthfi Hasan Ishaaq, idea Islam sebagai kuasa politik berkembang dari semasa ke semasa dalam bentuk perbincangan, penafsiran dan penterjemahannya kepada agenda kerja.

Penamaannya sebagai Negara Islam atau apa-apa istilah, berubah dari satu zaman ke satu zaman.

Ia membuktikan dinamika gagasan Islam dalam menyesuaikan prinsip-prinsipnya dengan realiti semasa. Challenge and response sebagai enjin survival, paling cantik diperlihatkan oleh kemaskini gerakan Islam merentas zaman. Gerakan Islam sentiasa menyemak dan mengemaskini idea yang didukung tanpa berganjak daripada prinsip-prinsip yang menjadi asas kewujudannya." - Ustaz Hasrizal.

Saya juga, cukup bersetuju dengan pendapat Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan akan ulasannya mengenai "Negara Berkebajikan".
"Kandungan ucapan dasar itu dikira sebagai suntikan vaksin mujarab bagi PAS untuk lebih sihat dan bertenaga melangkah ke medan pilihan raya umum ke-13. Betapa misi dan aturan kerja parti PAS sudah jelas untuk menawan sokongan rakyat. Ini kerana program berkebajikan adalah hak dan keperluan majoriti rakyat masa kini.

Sekaligus, pihak pimpinan Umno kelihatan gelisah dan meracau di siang hari, apabila dikhabarkan program berkebajikan yang ditawarkan oleh PAS bersama Pakatan Rakyat. Maka logiknya Umno sudah mengalami suhu badan mencecah paras ‘demam panas’.

Apa pun PAS tidak seharusnya setakat menjadi pelawat kepada pesakit demam panas. Apa yang diingini PAS sepatutunya sedia menjadi doktor terus memberitahu rakyat supaya tidak lagi menghampiri Umno yang sudah demam yang mengancam kesihatan awam. Sewajarkah rakyat membawa Umno ke ‘wad sakit’ dalam pilihan raya nanti? "
- Wan Nik Wan Yussof.
Apa tanggungjawab kita? Kita harus mendokongi matlamat ini seterusnya menjelaskan kepada rakyat umum tentang cita-cita PAS untuk "Membangunkan Negara Berkebajikan" dan seterusnya dapat direalisasikan setelah memenangi PRU13 ini nanti.

Sebelum PRU13 : Apa yang rakyat perlu tahu? - 3

Terkejut dengan beberapa kenyataan daripada Parlimen hari ini.

Pertama; Berbaloikah Kerajaan Barisan Nasional membelanjakan RM1.8 juta untuk 20,308 peminat di laman Facebook Kementerian Pelancongan?
"Kementerian Pelancongan sekali lagi 'panas' apabila ahli-ahli parlimen hari ini membidas tindakan kerajaan yang membelanjakan RM1.8 juta bagi membina dan menyelanggara laman Facebooknya." - Malaysiakini.
Kedua; Kenapa Kerajaan Barisan Nasional memohon bajet tambahan sebanyak RM13 billion sedangkan perkara di atas benar-benar pembaziran.
"Kerajaan persekutuan hari ini membentangkan Rang Undang-undang Bekalan Tambahan bagi memohon dana tambahan RM13 bilion untuk separuh masa pertama tahun ini." - Malaysiakini

Kami Sudah Tertindas, Apa jaminan Warga Asing Selamat?

Entah hendak salahkan siapa, Malaysia terus dimalukan oleh orang negara asing, realitinya Kerajaan Barisan Nasional senantiasa memalukan dirinya tanpa mengira perasaan rakyat. Mungkin alasan-alasan ini boleh diterima disebabkan kes ini yang saya rasa, amat-amat malu ia terjadi di Malaysia.
"Dua wanita warga Singapura dilaporkan dipaksa ketuk ketampi dan bercangkung dalam keadaan berbogel oleh anggota Jabatan Imigresen selepas ditangkap atas dakwaan cuba masuk ke Malaysia secara tidak sah." - Malaysiakini.
Pertama; Ada apa dengan warga asing? Sedangkan Mahkamah dipergunakan untuk memperkenakan rakyat sendiri, bukti paling jelas, kes fitnah II yang melibatkan Dato' Seri Anwar Ibrahim.
"Peguam kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluahkan keraguannya terhadap peluang mendapatkan pendengaran yang adil, sehari sebelum membela diri dalam perbicaraan kes liwat.

Sankara Nair (kanan) memberitahu AFP bahawa pihak pendakwaaan hanya membenarkan pasukan peguam Anwar mewawancara lima orang sahaja daripada 25 saksi yang dijanjikan."
- Malaysiakini.
Kedua; Ada apa dengan warga asing? Sedangkan Polis tidak pernah membuat sebarang tangkapan atas penyebaran video lucah yang kian meluas di Malaysia ini.
"Polis masih belum mempunyai sebarang petunjuk baru atau membuat tangkapan berhubung pengedaran VCD lucah yang memaparkan aksi seks seorang lelaki yang didakwa mirip ketua pembangkang seperti yang dipertontonkan oleh trio 'Datuk' kepada wartawan." - Malaysiakini.
Ketiga; Ada apa dengan warga asing? Sedangkan KDN takut untuk mengambil tindakan atas ucapan berupa hasutan oleh Ibrahim Ali.
"Kerajaan tidak akan mengambil sebarang tindakan terhadap Datuk Ibrahim Ali yang mengisytiharkan “perang jihad” ke atas komuniti Kristian, yang didakwa media Umno baru-baru ini mahu mengambil alih status Islam sebagai agama persekutuan." - The MalaysianInsider.
Keempat; Ada apa dengan warga asing? Sedangkan Ibrahim Ali berani buat ugutan, dan pihak polis seperti takut untuk mengambil tindakan.
"Pemuda PAS menyifatkan hasrat Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) mengerahkan ahlinya berarak dan bertembung dengan kumpulan Gabungan Pilihan Raya dan Adil (BERSIH) dalam himpunannya 9 Julai ini sebagai "satu ancaman serius".

Malah, mereka menganggap tindakan NGO Melayu yang diketuai Datuk Ibrahim Ali "membuktikan PERKASA adalah pertubuhan yang mahukan kekacauan berlaku dalam negara" ini.


"Kenyataannya yang mahu bertembung semasa perhimpunan tersebut adalah merupakan satu ancaman yang serius kepada keselamatan negara. "
- Malaysiakini.
Hey warga asing, apakah ada jaminan untuk kamu? sedangkan kami rakyat Malaysia sendiri tertindas dalam negara kami sendiri yang diterajui oleh Barisan Nasional.

Monday 13 June 2011

Sebelum PRU13 : Apa yang rakyat perlu tahu? - 2


Pelik tetapi rakyat wajib tahu.

Pertama; Kos Ubah-Suai Rumah Bekas Menteri Besar Barisan Nasional Selangor RM6.5 juta.
"Mantan Menteri Besar Selangor Dr Mohd Khir Toyo membelanjakan RM6.5 juta bagi mengubah-suai rumahnya daripada rekabentuk asal Itali tropikal kepada konsep Bali, kata pereka lanskap yang dipertanggungjawab membuat pengubah-suaian itu, Nasir Ismail, di Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini." - Malaysiakini.
Kedua; Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud dikatakan terlibat dengan rasuah.
"Penasihat DAP Lim Kit Siang menasihatkan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud “mengambil cuti” sehingga Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selesai menyiasat tuduhan rasuah balak yang dikaitkan dengan pemimpin veteran itu.

Lim berkata tuduhan rasuah yang dikenakan terhadap Taib disifatkan beliau sebagai “rasuah luar biasa” berhubung perkara itu."
- The MalaysianInsider.
Ketiga; Switzerland pun suruh siasat Ketua Menteri Barisan Nasional Sarawak.
"KUALA LUMPUR: Presiden Persekutuan Switzerland, Micheline Calmy-Rey, mengarahkan satu siasatan dijalankan ke atas harta milik Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud di dalam bank Switzerland." - Keadilan Daily.
Apa yang rakyat perlu tahu ialah Barisan Nasional dan RASUAH tidak boleh dipisahkan, bagaikan kentut dengan tahi.

Sunday 12 June 2011

Manifesto PRU12, Bukti Keikhlasan PAS "Negara Berkebajikan"

Saya tercari-cari Manifesto PRU 12 PAS yang lepas, cuba untuk masuk ke dalam web rasmi PRU12 PAS, berjaya masuk akan tetapi gagal untuk memuat turun Manifesto tersebut. Terima kasih saya ucapkan kepada admin Facebook Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat di atas kecekapan beliau memuat naik Manifesto PRU12 tersebut;
"[admin] Pada Manifesto PRU12 lagi, PAS telah memperjuangkan "Negara Berkebajikan", sila lihat Manifesto PRU12 yang dilampirkan ini.

Format PDF boleh di download di http://pru12.pas.org.my/manifesto/ManifestoPartiIslamSe-Malaysia.pdf" - Facebook TGNA.
Ini adalah bukti yang paling besar sekali, iaitu PAS sejak dahulu lagi memperjuangkan "Negara Berkebajikan" ini.

Ini juga boleh menjawab beberapa persoalan yang telah di lontarkan di media.

Soalan Pertama; Betulkah PAS tolak negara Islam?
"- Nik Aziz, Ppresiden PAS Abdul Hadi Awang, timbalan presidennya Mat Sabu atau mana-mana ahli jawatankuasa kerja PAS pusat tidak pernah menolak atau menafikan harapan PAS untuk menubuhkan satu negara Islam suatu hari kelak.

- Konsep 'negara berkebajikan' yang diwar-warkan PAS ialah satu dasar sosio-ekonomi semata-mata yang tidak bercanggah dengan ataupun membatalkan matlamat utama mewujudkan sebuah negara Islam."
- Malaysiakini.
Soalan Kedua; Betulkah PAS tiru Barisan Nasional?
"PAS tidak akan meniru Barisan Nasional (BN) melaksanakan program kebajikan pada rakyat yang di dalamnya mengandungi unsur rasuah, penyelewengan dan penipuan." - Harakahdaily.
Soalan Ketiga; Betulkah PAS boleh melaksankan Negara Berkebajikan ini?
"Sambil menyifatkan Barisan Nasional (BN) dalam keadaan “kepanasan”, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata konsep negara berkebajikan boleh dibuktikan sekiranya Pakatan Rakyat diberi mandat memerintah negara pada pilihan raya umum ke-13.

Hadi berkata kritikan yang dibuat BN terutamanya Umno terhadap konsep negara kebajikan disebabkan parti itu bimbang akan sokongan rakyat akan beralih."
- The MalaysianInsider.
Banyak lagi persoalan yang timbul, namun Manifesto PRU 12 mampu menjawab soalan tersebut dan sudah pasti rakyat juga dapat menjawab bagi pihak PAS. Alhamdulillah.

Negara Berkebajikan - TGNA

Sungguh beruntung, pada hari Jumaat yang lepas, Tuan Guru Nik Abdul Aziz telah menyampaikan satu kuliah yang bertajuk "Negara Berkebajikan". Dan lebih menguntungkan, sesudah sahaja kuliah beliau selesai, VCD kuliah beliau diterbitkan pada hari itu juga, tahniah kepada yang menerbitkan VCD tersebut sepantas kilat, saya membelinya dan hari ini baru berkesempatan untuk memuat naik ke youtube.


AKP Sudah, Pakatan Rakyat bila lagi?


Rakyat Turki telah meraikan kemenangan Parti Keadilan dan Kesejahteraan (AKP).
"Parti Keadilan dan Kesejahteraan (AKP) Turki pimpinan Toyyib Erdorgan berjaya memenangi pilihan raya Turki buat kali ketiga berturut-turut dan sekalligus memecahkan rekod yang dipegang parti pimpinan Adnan Manderes sebelum ini." - Harakahdaily.
Rakyat Malaysia nak raikan kemenangan Pakatan Rakyat bila?

Jangan risau, akan sampai masanya kita akan raikan kemenangan tersebut, disebabkan banyak persoalan-persoalan yang makin membingungkan.

Soalan Pertama; Kenapa susah sangat mahu dedahkan perjanjian IPP?
"“DAP menyatakan sokongan penuh kepada Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah yang mencadangkan agar sebuah suruhanjaya diraja ditubuhkan bagi menyiasat kontrak antara TNB dan IPP.

“Suruhanjaya diraja ini akan menentukan sejauh mana perjanjian tersebut memberi beban kepada pengguna berikutan kenaikan tarif elektrik dan memperkenalkan langkah- langkah terbaik bagi mengurangkan atau menghindari beban kewangan yang teruk kepada rakyat,” kata Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang."
- The Malaysianinsider.
Soalan Kedua; Kenapa bersungguh benar Utusan Melayu untuk menghalang BERSIH 2.0?
"Kolumnis kontroversial Utusan, Awang Selamat menyifatkan orang Melayu yang menyertai Bersih - yang akan mengadakan perhimpunannya 9 Julai depan - sebagai mereka yang dangkal berpolitik, kerana mendakwa faedah besarnya dinikmati oleh kaum lain." - Malaysiakini.
Kita semua seharusnya bersabar, sedikit tersilap mungkin akan membawa padah yang berpanjangan.

Saturday 11 June 2011

Tidak Perlu Meniru Mesir, Cukuplah Dengan Turki, Melalui BERSIH 2.0

Kita jarang untuk mengambil kisah tentang Pilihanraya Umum di luar negara dan disebab itulah kita semua begitu menyanjungi demokrasi pilihanraya yang dipamerkan oleh SPR. Alhamdulillah, Pakatan Rakyat telah mengambil peluang untuk menjadi pemantau pilihanraya di Turki yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Saya tertarik dengan apa yang YB Saifuddin Nasution 'tweet'kan, ikutilah perbezaan pilihanraya di Turki dan bandingkan sejujurnya apa yang kita telah lalui di saban pilihanraya.

Perkara pertama; Kebebasan Media.
"Pru turki-capaian media kpd semua parti,election board benarkn semua rapat umum,pemerhati a'bangsa diizinkn ...tiada FRU berlegar! Malaysia?"
Perkara kedua; Kerjasama Pihak Polis.
"Rapat umum pru turki cuma perlu maklum kat polis, polis hadir dan kawal lalulintas,tak payah permit! Rapat umum AK Parti hadir ratusan ribu"
Perkara ketiga; Tiada Penyalahgunaan Jentera Kerajaan.
"Tiada penggunaan jentera dan media kerajaan utk kempen, election board akan batal kemenangan jika blku pelanggaranTiada u help me i help u!"
Perkara keempat; Projek Mee Segera Tidak Dibenarkan
"Election board tak benarkn umum projek kjaan sepjg tempoh kempen!"
Perkara kelima; Semua Parti Berhak Untuk Berkempen di TV.
"Sempat ikuti kempen parti2 pembangkng, parti Has, parti Saadet dan parti chp melalui siaran tv ...terangkn manifesto masing2 ...RTM,TV3 ???"
Kesimpulannya; Kita tidak perlu mengikuti jejak rakyat Mesir, jika masih ada lagi jalan untuk pilihanraya yang adil, untuk menjadikan ia sebegitu hendaklah kita menuntut Kerajaan Barisan Nasional memberikan hak keadilan tersebut kepada kita melalui BERSIH 2.0 nanti.

Bagaimana?

Hendaklah kita turun ke perhimpunan BERSIH nanti pada 9 Julai 2011, di sana adalah satu-satunya jalan untuk kita mendapat suatu pilihanraya yang BERSIH dan ADIL. Kita bukan merusuh, akan tetapi kita menuntut secara aman.



Friday 10 June 2011

Flyer : Kronologi FITNAH II

Pertama ; Hanya rekaan dan fitnah semata-mata.

Klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas.

Kedua; Komplot memalsukan DNA Anwar.

Klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas.

Format PDF, sila download di sini dan di sini.

Flyer : Program 100 Hari Pakatan Rakyat


Klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas.

Baca, Cetak & Edar.

Pesan Pak Najib ; Barisan Nasional lebih berkebajikan dan islamik?


Pesan pertama;
"Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mendakwa PAS “menciplak” model kejayaan Barisan Nasional (BN) sambil berkata Malaysia sentiasa berperanan sebagai negara berkebajikan." - The Malaysian Insider.
Jawapan pertama ; Kah Kah Kah!

Pesan kedua;
""Ternyata masalah umat Islam adalah masalah dalaman yang walaupun tampak seolah sukar dikawal urus tetapi jalan penyelesaiannya memang ada dan wujud dengan kembali berpegang kepada ajaran Islam sebenar," kata Perdana Menteri." - Malaysiakini.
Jawapan kedua ; Kah Kah Kah!

Sejak bila Barisan Nasional lebih berkebajikan dan islamik?

Jawapan ; Kah Kah Kah!

Wednesday 8 June 2011

Sebelum PRU13 : Apa yang rakyat perlu tahu? - 1

Apa yang rakyat perlu tahu?

Pertama;
"Pada hari Rabu, 1 Jun 2011 ; purata tarif elektrik akan dinaikkan sebanyak 2.23 sen kilowatt sejam (kWj) atau 7.12 peratus kepada 33.54 sen/kWj daripada 31.31 sen/kWj." - Berita Harian.
Kedua;
"Ketika minyak petrol RON97 dinaikkan beberapa kali oleh kerajaan Umno-BN dan terbaru gas asli yang menyaksikan kenaikan tarif elektrik sebanyak 7.12 peratus, Petronas dicatat mengaut keuntungan RM241 bilion." - Keadilan Daily.
Ketiga;
"Kajian yang dijalankan oleh 21 syarikat elektronik utama di negara ini mendapati eksport sektor itu jatuh menjunam 26 peratus kepada RM51.8 bilion pada 2010." - Malaysiakini.
Gambar-gambar di bawah hanyalah hiasan, rakyat tidak sepatutnya tahu. Klik pada gambar untuk besarkan.

Gambar 1


Gambar 2

Tafsir Surah Al Hujurat

Surah ini bagi saya, menggambarkan bagaimana akhlak dan adab-adab dalam perjuangan Islam. Dan juga Surah ini cukup jelas menghuraikan kelebihan orang yang memperjuangkan Islam. Selamat mendengar.

Tafsir Surah Al Hujurat ini disyarah oleh YB Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang.

Bahagian 1



Bahagian 2



Berulang-ulang kali saya mendengarnya, kerana ia sesuatu yang baru bagi saya.

Dr M, Najib Lebih Baik Bisu

Dr M, lebih baik berdiam supaya kecerdikan anda terserlah. Karpal melakukan seruan kebaikan kepada Dr M, itu pun kalau Dr M mahu dengar;
"Pengerusi DAP yang juga ahli parlimen Bukit Gelugor Karpal Singh menggesa mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad supaya berkelakuan seperti seorang negarawan ulung dan menutup mulutnya.

Katanya, Dr Mahathir yang sedang “meniti usia yang senja” sepatutnya menggunakan sisa-sisa kehidupannya supaya bertaubat atas segala salah laku silamnya." - Malaysiakini.
Abang Mat Sabu pun suruh Najib diam;
"PAS perjuangkan dasar Negara Berkebajikan yang didirikan oleh Baginda Nabi sejak zaman Madinah lagi dan bukan hanya untuk PRU13 sahaja.

"Nampak sangat Najib tidak tahu di dalam hal ini, saya kasihan, lebih baik beliau diam sahaja dalam perkara yang beliau tidak tahu.

"Sebaik beliau bercakap, rakyat tahu bahawa perdana menteri tidak tahu tentang perkara ini," jelasnya menzahirkan rasa kasihan pada Najib." - Harakahdaily.
Jika mereka benar-benar diam, alamatnya, Pakatan Rakyat sudah menang besar, dan teramat mustahil Pilihanraya Umum 13 akan berlaku pada tahun ini.

Tuesday 7 June 2011

UMNO Sedih PAS Tak Mahu Perpaduan

Adapun, kerajaan yang memerintah sekarang begitu gusar dengan "Negara Berkebajikan", gusarnya melebih gusar kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim lagi, kemungkinan mereka terasa mereka tersalah langkah untuk membuat adegan Fitnah II, yang muncul sekarang ini, bukan DSAI akan tetapi Tuan Guru Presiden PAS.
"Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, beliau tidak mahukan jawatan Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat berjaya menumbangkan BN pada pilihan raya umum ke-13 akan datang.

Abdul Hadi yang juga ahli parlimen Marang berkata, perjuangan PAS adalah untuk menyelamatkan negara dan memperkenalkan dasar negara berkebajikan yang dibawa oleh Pakatan Rakyat." - Malaysiakini.
PAS sejak dahulu lagi tidak pernah menyatakan ingin menawan Putrajaya untuk berkuasa semata-mata akan tetapi UNTUK SELAMATKAN MALAYSIA, tidak kisah siapa yang menjadi PM yang penting biar Barisan Nasional tumbang terlebih dahulu.

Sudah nyata, siapa yang bersedih dengan barisan kepimpinan baru PAS;

"Umno sedih pemimpin PAS tak mahu perpaduan Melayu, kata Mukhriz" - The Malaysian Insider.

Anda juga tergolong dari golongan sedih juga kah?

Apabila Anda Masih Lagi Memeluk Barisan Nasional

Apabila kaum Cina membela kematian seorang Melayu;
"Kerajaan seharusnya mengadakan suruhanjaya diraja siasatan esok berhubung kematian pengawai Kastam Ahmad Sarbaini Mohamad untuk mengembalikan keyakinan orang ramai terhadap institusi-insitutsi negara ini, kata Penasihat DAP Lim Kit Siang." - The Malaysian Insider.
Apabila seorang Abang tidak tahu kegiatan adik;
"Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein menafikan laporan akhbar Australia yang mendakwa adiknya dibayar untuk menjayakan kontrak kerajaan dengan syarikat negara kiwi itu. Bercakap kepada pemberita hari ini, beliau mendakwa tidak tahu menahu mengenai kegiatan Haris Onn Hussein." - Malaysiakini.
Apabila PM pergi merisik;
"Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak didakwa menggunakan program pribadi untuk menguruskan perkahwinan anaknya dengan dicampuradukkan dengan program kerajaan semasa ke Kazakhstan sekarang." - Harakahdaily.
Apabila DAP merindui Allahyarham Ustaz Fadzil Noor;
"Memetik kata-kata Hadi, “Kita mulakan dengan pelaksanaan Negara Berkebajikan. Ia ada dalam Islam dan al-Quran. Dalam al-Quran tidak sebut Negara Islam, ia sebut Negara Berkebajikan”, ia mengingatkan kita semua kepada apa yang diperjuangkan oleh Allahyrahm Ustaz Fadzil untuk membawa imej Islam yang lebih demokratik, inklusif, terbuka dan adil tanpa mengorbankan prinsip perjuangan PAS." - Roket Kini.
Apabila anda sudah mengerti, tiada guna anda bersama Barisan Nasional lagi, ayuh berubah!

Monday 6 June 2011

Kenapa Anda Sokong Barisan Nasional?

Setiap hari, kita tertanya-tanya, mengapa? mengapa? sampai penat, sampai tidak sanggup lagi mendengar apa-apa lagi berita.

Mengapa 1
"Dokumen rahsia perjanjian pembelian tenaga (PPA) yang dimeterai antara TNB dan IPP boleh didedahkan hanya kepada ahli Dewan Rakyat, kata Mukhriz Mahathir." - Malaysiakini.
Mengapa 2
"Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak didakwa menggunakan program pribadi untuk menguruskan perkahwinan anaknya dengan dicampuradukkan dengan program kerajaan semasa ke Kazakhstan sekarang." - Harakahdaily.
Mengapa 3
"Mufti Perlis gesa PAS gubal segera rangka negara kebajikan" - The Malaysian Insider.
Mengapa 4
"Pembohongan terbaru Utusan Malaysia cuba mengaitkan DAP dengan cadangan mengadakan pemilihan bagi jawatankuasa masjid di Pulau Pinang." - Roket Kini.
Mengapa 5
"Para pemimpin Umno benar-benar terpukul dengan apa yang dicapai dalam muktamar PAS ke 57 baru-baru ini, kata AJK PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad." - Harakahdaily.
Begitu banyak persoalan yang timbul, apa yang anda mampu jawab? Bersyukurlah, Malaysia masih aman lagi.

Kapal berhantu Scorpene kelihatan berterbangan di Putrajaya

Apabila Pensyarah Kanan Jabatan pengajian Media Universiti Malaya, Dr Abu Hassan Hasbullah menjerit di Facebooknya;
"IPP (Pembekal Elektrik Bebas) perlu dihapuskan dan sistem ini jika diteruskan akan memusnahkan keuntungan sumber negara dan mengancam Wawasan 2020 sendiri, malah akan mengakibatkan rakyat dibuli dengan teruknya dalam sistem yang tidak adil kepada keperluan negara maju dan sejahtera buat semua!" - Hassan Hayastani.
Apa yang anda rasa? Tidak merasa apa-apa? Disebabkan anda tidak terbiasa dengan perkataan IPP (Pembekalan Elektrik Bebas) sejak zaman berzaman lagi. Paling-paling tidak anda akan kenal TNB, kalau anda sempat dengan zaman LLN, pasti anda kenal LLN itu apa. Sampai sekarang, majoriti rakyat masih belum kenal apa itu IPP.

Masakan mahu kenal, jika ditanya seterusnya, siapa Altantuya, ramai akan menjerit satu dua nama yang pasti ada kaitan dengan nama tersebut. Rakyat jarang tahu, apa yang menyebabkan nama ini muncul secara tiba-tiba di Malaysia ini, walaupun beliau adalah berdarah Mongolia.

Rasuah, suatu bahana, akan tetapi ia dirasakan suatu perkara biasa di Malaysia ini, tambah-tambahan jika ia dilakukan di luar negara, contohnya di Perancis;
"Mahkamah Perancis menemui bukti kukuh bahawa syarikat Perancis, Armaris tidak pernah membuat bayaran kepada syarikat Perimekar sebanyak RM493 juta, tetapi bayaran itu sebenarnya dilakukan oleh kerajaan Malaysia sendiri. Penemuan itu ternyata bertentangan dengan kenyataan Kabinet Najib yang sebelum ini mengklasifikasi bayaran itu sebagai koordinasi dan perkhidmatan sokongan serta Malaysia tidak terlibat dalam pembayaran berkenaan." - Harakah Daily.
Namun, apa yang rakyat Malaysia rasakan? ahhh itu tiada kena mengena dengan kehidupan aku, asalkan aku boleh makan pada hari ini peduli apa perkara-perkara yang menyendatkan fikiran, tidak seperti pihak kau yang bertungkus lumus mencari kesalahan orang lain.

Mungkin, isu ini yang rakyat kebanyakan naik angin, disebabkan mereka selalu pakai kereta terpakai;
"Mengikut pindaan itu yang berkuatkuasa 15 Jun ini, semua kereta terpaksa melalui pemeriksaan tambahan 14 perkara sebelum sesuatu kenderaan itu dibolehkan dipindah milik kepada pembeli baru." - Malaysiakini.
Rakyat tidak kisah pun hal cantas mencantas pada pentas politik, sama ada ia benar atau pun tidak, cukuplah, negara sudah aman, tidak perlu engkau kecoh-kecoh. Tidak perlu kisah, siapa perangkap siapa, yang penting penting, politik terus dianggap kotor oleh kerana penyangak-penyangak politik yang sundal mengotori arena politik, politik seharusnya BERSIH! demi menjaga maruah Negara.
"Skandal Scorpene: Zahid, Muhyiddin perangkap Najib" - Keadilan Daily.

Anda dan Warga Asing Menentukan Masa Depan Malaysia

Saya masih tertanya-tanya, apakah kesan kenaikan barang hanya dirasai oleh rakyat yang menyokong Pakatan Rakyat sahaja kah? Ia disebabkan rakyat yang menyokong Barisan Nasional nampaknya tidak terjejas sedikitpun akan kehidupan seharian mereka, apakah mereka dibekalkan elaun disebabkan menyokong Barisan Nasional?
"Pengurangan subsidi ke atas barangan keperluan asas, termasuk gula dan petrol RON97 dan terbaru gas asli yang menyebabkan tarif elektrik terpaksa dinaikkan mula memberi kesan kepada orang ramai daripada pelbagai lapisan." - Malaysiakini
Laporan di atas jelas menunjukkan bahawa rakyat sudah tidak tahan akan kenaikan harga barang yang terus menerus sehingga tidak sabar untuk berdemontrasi. Apakah rakyat yang ingin berdemo itu menyokong Pakatan Rakyat?

Adalah satu yang adil, jika pemimpin juga terhimpit sama seperti dengan rakyat akan kenaikan harga barang, akan tetapi, rakyat semakin bengang apabila ketika rakyat memerlukan subsidi, ia terus dibazirkan ke IPP. Dahi rakyat terus berpeluh apabila membaca kenyataan sebuah akhbar di Australia yang mengatakan :
"Akhbar Australia, The Age melaporkan bahawa Securency International, yang separuhnya dimiliki oleh bank pusat negara itu telah menandatangani Liberal Technology sebagai ejennya pada 2009 atas harapan bahawa pemegang besarnya Datuk Haris Onn Hussein, akan “membolehkan akses, dan pengaruh ke atas ahli-ahli politik utama Malaysia.” - The Malaysian Insider.
Akan tetapi, Hisyamuddin telah menafikan pada masa yang sama.

Dan apakah kita, rakyat biasa hanya boleh bersetuju dengan pendapat Dr Abu Hassan dan seterusnya mengundi Barisan Nasional pada PRU 13 nanti?
“Kita boleh lihat banyak dasar yang gagal, contohnya dasar perumahan negara. Rumah dibina, tetapi boleh ‘membunuh’ kita. Sistem pengangkutan awam teruk. Kadar jenayah meningkat.

“Walhal dengan takrif menuju negara maju, sepatutnya Malaysia telah lama menyelesaikan masalah ini. Takrif negara maju ialah kebajikan yang tak harus menjadi beban. Subsidi adalah kebajikan. Negara maju adalah negara mengutamakan kebajikan rakyatnya,” tegas Abu Hassan. - Keadilan Daily.
Apakah sudah putus harapan terhadap Pakatan Rakyat yang ingin mengubah Malaysia ini?

Jika anda sudah putus harapan, anda semua hendaklah reda akan warga asing yang boleh mengundi dan seterusnya menentukan masa hadapan negara tanpa anda semua.
"PEMBERIAN Mykad kepada warga asing secara mendadak dan merata telah dikesan di Selangor, di Kelantan dan dipercayai di banyak negeri lagi.

Tidak lain tujuannya adalah memenangkan Barisan Nasional dalam pilihan raya yang akan datang.

Kementerian Dalam Negeri telah bersekongkol dengan Basisan Nasional khususnya Umno untuk mengeluarkan Mykad kepada warga asing yang mencari pekerjaan di negara ini tidak kira mereka datang secara sah atau pun tidak." - Harakah Daily

Kazakhstan With Love

Apakah kelebihan untuk Pakatan Rakyat akan isu ini?
"Apakah tujuan sebenar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri ke Kazakhstan, atas urusan rasmi negara atau untuk menguruskan perkahwinan anaknya, Nooryana Najwa?" - Harakahdaily
Jika ia tidak memberi sebarang impak, ia tidak perlu diperbesarkan, jika ia sebagai contoh PM menggunakan wang rakyat untuk pergi merisik maka ia perlu diperbesarkan.

Seperti isu ini apabila digandingkan dengan lawatan PM ke Kazakhstan mampu menidakkan kata-kata di bawah jika PM menggunakan duit rakyat untuk urusan peribadi dan keluarganya.
"Perdana Menteri berkata perjuangan Umno dan BN selama ini menepati ciri-ciri negara kebajikan seperti dalam bidang pendidikan, kesihatan, subsidi makanan dan minyak yang semuanya sudah dinikmati oleh rakyat sejak sekian lama." - Malaysiakini
Apakah PM ke Kazakhstan disebabkan gembira dan selesa dengan kenyataan Nazri Aziz :
"Negara kebajikan PAS mudahkan Umno hadapi PRU-13, dakwa Nazri" - The Malaysian Insider
Anda tentu akan tertanya-tanya mengapa Nazri Aziz begitu teruja dengan "Negara Berkebajikan" yang PAS ingin laksanakan? Sudah tentu ia teruja, sedangkan saya yang sedang menulis blog ini begitu teruja dengan "Negara Berkebajikan" tersebut.